Blogger Templates

Saturday, 26 January 2013

Antara Dua Cinta



Husna menitiskan air mata ketika berdoa. “Ya Allah, kenapa Kau temukan aku dengannya?”. Jika Kau tahu pertemuan itu akan membawa kepada zina? Berkali-kali Husna bertanya Kepada Allah di dalam doanya.
Dia seolah-olah mencari punca, menyalahkan takdir Allah yang menemukan dia dan Daniel semasa di bangku sekolah. Dia tertekan, buntu. Kerana dia telah hilang ‘cinta’ agung di dalam hatinya dahulu. Hingga mereka ber’couple’ dan akhirnya segalanya telah diserahkan kepada insan bernama Daniel itu.
“Astaghfirullah..mahukah Kau mengampuniku Ya Allah? Layakkah aku menadah tangan berdoa padaMu ya Allah? Sedangkan setiap masa aku penuhi dengan zina, maksiat?” Terus-terusan Husna ‘bertanya’ kepada Allah. Dia merasakan bahawa menadah tangan untuk berdoa pun dia malu.
Dia malu kepada Allah. “Ampunkan aku..”. Berulang kali dia mengulangi doa itu.Berderai air matanya keluar. Dia tidak peduli lagi. Dia cuma ingin mendapatkan Cinta Agung itu kembali. Tiada doa lain. Dia hanya mahu Allah mengampunkannya sahaja ketika itu. “Dahaganya hati tanpaMu ya Allah..”
Husna adalah seorang muslimah yang baik. Patuh kepada suruhan agama. Husna juga tidak jahil,tidak bodoh dalam pengertian agama, hatinya masih ada Allah tetapi dia keliru antara cinta mana yang lebih memberi kebahagiaan kepadanya. Setelah ber’couple’, hatinya ada dua cinta yang bertakhta dihati. Satu cinta yang Maha Agung, satu lagi cinta Daniel.
Pada mulanya hatinya dipenuhi cinta Allah. Lama kelamaan cinta itu semakin pudar. Cinta Daniel melebihi segala rasa cinta yang ada. . “Andai waktu boleh diundur Ya Allah..”
Dia mengimbau kembali peristiwa hitam itu
Pada mulanya mereka hanya SMS, bergayut di telefon, berbual tentang agama, Daniel memahami dan hanya mendengar dan kadangkala memberi pendapat kepada ‘syarahan’ agama Husna.
Tetapi lama kelamaan, mereka berbual tentang peribadi masing-masing. Ada saja topik tentang diri mereka. Tentang makanan kegemaran, hobi dan sehingga lama kelamaan berubah kepada topik perkahwinan seterusnya hubungan suami isteri. Daniel bijak meyakinkan Husna. “ kita sembang-sembang je, bukannya buat betul-betul pun Husna sayang.”. Husna memarahi Daniel kerana bercakap tentang hal itu. Dia tidak suka. Baginya dia suka mereka ber’couple’ tetapi saling menasihati dalam agama islam.
‘Couple islamik’ kata orang. Lebih sweet sekiaranya pasangan kekasih nasihat-menasihati dalam hal agama. Monolog husna di dalam hati. Daniel hanya terdiam. Dia tahu Husna hanya marah pada permulaan saja. Husna akan suka apabila dia bercakap lagi dan Dia yakin Husna akan terjatuh dalam perangkapnya.
“setebal mana sangatlah iman kau Husna, aku akan cairkan iman kau sikit demi sikit wahai Husna ku sayang.” dalam fikirannya mula terbayang tubuh Husna tanpa tudung labuhnya, tanpa baju muslimahnya. “ syaitan mula merasuk fikirannya. Nafsu serakahnya mula bertandang.
Husna menangis lagi, satu-satu dia menyingkap kisah dosanya. Dahulunya dikenali sebagai ‘ustazah’ di kelas kerana sering menasihati rakan-rakan sekelasnya yang terlibat dalam gejala ber’couple’. Husna cukup pantang melihat ada rakan-rakannya yang dilihat ber’dating’, ada sahaja hujah dari hadis nabi dan dari surah-surah dalam Al-Quran yang dilontar kepada rakannya yang ber’couple’.
Baginya orang-orang seperti ini perlu diberi kesedaran, meraka jahil tentang hukum hakam agama. Jadi dia sebagai orang yang arif perlulah memberi kesedaran kepada yang jahil. Angkuh dan riaknya dia dahulu. Tetapi kenyataannya dialah insan paling jahil. Lebih jahil dari rakan-rakannya yang pernah dia memberi ceramah kepada mereka.
Lelaki itu merubah dirinya sekelip mata. Hari-harinya diisi bersama Daniel hingga pada suatu tahap, Husna menyerahkan ‘segalanya’ pada Daniel. Hilang sudah mahkota dirinya sebagai seorang wanita.. Daniel telah memiliki Husna, Husna juga dengan rela hati ‘menyerahkan’ segalanya pada Daniel.Bertempat di hotel bajet, mereka memadu asmara. Maksiat itu terus berulang dan berulang tanpa ada rasa insaf di hati. Mereka puas, gembira kerana dapat melepaskan rindu.
Kemudian Daniel menghantar Husna pulang, ketika dalam perjalanan Daniel pulang ke rumahnya, tidak semena-mena sebuah treler melintasi kereta Daniel dari arah bertentangan. Daniel gagal mengawal keretanya, lalu keretanya bertembung dengan treler itu. Kepalanya hancur. Daniel maut di tempat kemalangan. Husna mendapat tahu berita itu.
“Ya Allah..”
Baru kini dia kembali menyebut nama Allah. Husna pengsan setelah mendapat khabar buruk tersebut.
***sebulan kemudian**
Suatu malam ketika dia menangisi pemergian Daniel. Hatinya bertekad untuk berubah. selesai menunaikan solat isyak, hatinya terdetik tentang sesuatu. Hatinya rasa kosong. Hati yang dahulunya selalu diisi dengan cinta Allah. Hati yang selalu mengingati Allah. Hati yang terlalu mencintai Penciptanya.
Ketika itu, apa sahaja yang dilakukan hanyalah kerana Allah. Husna sangat bahagia dengan nikmat cinta itu. Husna menangis semahunya. Dia tidak tahu sebab dia menangis tanpa henti, yang pastinya, dia sedang merayu supaya Allah memberi cinta agung itu kembali padanya.
Kini, dia bertekad, dia inginkan kembali cinta itu. dia teringat isi ceramah Ustaz Azhar, ketika Husna mengikuti kelas pengajian agama bersama beliau.
“Hidup manusia yang bergelumang dengan maksiat, tidak akan berkat hidupnya. Malah Allah S.W.T akan menurunkan bala kepada hambaNya yang melakukan maksiat. Tidak akan akan keberkatan di dalam hidup manusia itu dan hidupnya sentiasa akan berada dalam kesusahan.”
Husna resah, takut. Sungguh dia menyesal. Husna menangis semahunya ketika berdoa kepada Allah. “Ya Allah.. ampunkan aku..” dia menadah tangan dan berdoa tanpa henti kepada Allah supaya mengampunkan dosa-dosanya. Dia memohon ampun kepada Allah di setiap doanya.
“ YA ALLAH.. AKU BERTAUBAT”.
Husna bersujud di atas sejadah. Sujudnya lama, dia ingin merasakan cinta Allah yang dulu pernah bertamu dihatinya. Ya, dia inginkan cinta itu kembali. “Ya Allah, izinkan aku mendapat cintaMu kembali yang pernah aku hilangkan..” “ tolonglah terima daku kembali untuk mendakap cintaMu Ya Rabbi, aku mohon dan merintih padaMu Ya Allah. Amin..
.
Artikel ini dikongsi oleh saudari Mun Maira & www.akuislam.com

Pemilik Hati Yang Patah


Untuk yang sedang bersedih
Beramalah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.
Wahai jiwa yang sedang layu…
Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawapannya.
Wahai jiwa yang sedang dirundung gelisah…
Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau tumbuhkan. Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi.
Untukmu yang sedang luka..
Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan terubat dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu.
Hai pemilik hati yang patah..
“…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta!
Kawanku yang dicintai Allah..
Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur.
Ini untukmu yang sedang bersedih
Dalam rangka menasihati diri sendiri…
Sumber: www.akuislam.com

Friday, 25 January 2013

Tazkirah Bersama :)


Suatu ketika, pernah kah kita merasa seolah-olah ada sesuatu yang menganggu ruang fikir kita. Kita mencari-cari di mana arah punca gangguan itu. Hati kita terasa seperti berbuat silap. Tapi semakin kita mencari, semakin pula kusut ruang fikir kita. 
Pada satu saat yang lain, pernah kah kita tertanya sendiri, kenapa hati tidak tenang? Kenapa hati terasa masih lagi gelisah? Kenapa fikiran selalu saja melayang mengenang perkara-perkara pahit? Kenapa selalu saja rasa sendu dan duka, kadang melarat dari pagi membawa ke petang.
Sedangkan tangan masih ditadah, masih lagi berbicara doa pada Allah. Meminta itu ini, mengadu begitu begini. Memohon agar diampunkan semua dosa dan kesalahan diri. Namun hati, masih juga buntu dalam menemui erti ketenangan yang sebenar.
Kita muhasabah.... 
Mungkin kita tidak tersedar, rupanya ketika bibir laju memohon ampun, kita sendiri belum lagi menghulur maaf. Bagaimana harus ditemui ketenangan, andai masih lagi berbekas rasa. Bagaimana mesti kita diampuni, andai masih lagi belum rela melepaskan rasa dalam hati. Kita ingin Allah mengampunkan dosa kita, tetapi kita lupa memberi maaf pada mereka yang bersalah. Kita membuat mereka terluka. Terluka dengan sikap kita.
Memaafkan bukanlah mudah. Kita manusia fitrahnya sentiasa  berteman khilaf. Yang selalu kalah dengan ujian yang Allah beri. Yang selalu dan tak malu mengaku lemah. Sedangkan Allah terang-terangan lebih menyukai mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah.
Kita ini manusia, yang selalu bersembunyi di balik dinding bernama mangsa. Kita ini manusia, yang tidak mahu memaafkan hanya beralasan 'kita bukan nabi, kita manusia biasa'...
Kadangkalanya kita mangsa dan mengenang betapa diperlakukan dengan tidak adil, betapa diri dizalimi, betapa diri tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu, diperlakukan sebegini... lantas sukar sekali rasa hati untuk memberi sebuah kemaafan.

Mengapa boleh berlaku sedemikian? 
Ya, kerana kita sebenarnya lupa. Yang menggerakkan sesuatu itu adalah Allah. Hati manusia, seperti saya, seperti dia, seperti semua, dipegang oleh Allah. Tiada satu pun yang akan terjadi tanpa izin dariNya. Setiap sesuatu, telah dirancang Allah sebaiknya. Baik atau buruk hanyalah di mata kita, manusia yang terhijab dari segala kebaikan yang Allah telah aturkan.
Tersiratnya, andai kita fikir kita dizalimi oleh manusia, lalu enggan pula memaafkannya, maka kitalah sebenarnya yang zalim kerana sedikit sebanyak, kita ini menuduh perancangan dan gerakan Allah itu zalim. Nauzubillahiminzalik. Astagfirullah.

Sedangkan Allah, pemilik segala sesuatu di langit dan bumi, sedia mengampunkan dosa hatta setinggi gunung. Sedangkan Allah, di dalam al-Quran berkali kali menegaskan yang dia Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. Sedangkan Dia, yang mahu hambaNya memohon ampun walau berkali-kali melakukan dosa.... Tapi kita, hanya hamba yang kerdil, satu antara jutaan butiran pasir manusia, seakan-akan mahu menumpang hakNya, dengan tidak bersedia memaafkan manusia kerdil lain. Siapa kita? Siapa? 
Benar, memaafkan memang tidak mudah. Memaafkan sedang hati masih berdarah kerana disakiti, memang sukar sekali. Apalagi jika yang mengkhianati tidak pernah peduli. Tidak pernah menghulur maaf. Tidak pernah menunjuk kesal. Malah seakan bergembira, seolah olah tidak pernah berlaku satu apa pun kesalahan atas bahunya.
Ingatlah, jalan ke syurga itu tidak mudah. Mahu ke syurga itu perlu diselangi dengan jerih payah. Maka, perlu apa kita mengeluh kesah?
Percayalah, bila mana memaafkan maka perlahan-lahan rasa itu pasti datang. Rasa tenang. Rasa damai. Rasa lapang. Bila mana tangan ditadah, lalu memaafkan setulus hati, dapat dirasa hati bersorak girang. Hati terasa bebas dari dendam dan amarah kerana kita tidak lagi menanigisi sesuatu yang telah terjadi.
Didiklah hati itu agar sentiasa mendoakan mereka yang telah mengkhianati kita. Walau sakitnya bagai tusukan sembilu, doakanlah kerana tidak merugi orang yang membalas kejahatan dengan kebaikan.
Sukar. Sudahlah memaafkan itu payah, lagikan pula mendoakan untuk mereka? Tapi percayalah, memberi kemaafaan itu memberi jalan tenang, memaafkan itu membuka hati semakin lapang. Mendoakan buat mereka yang menganiaya adalah kemuncaknya. Hakikatnya merekalah sebenarnya yang patut dikasihani, kerana bukan saja mereka menzalimi kita, tapi juga menzalimi diri mereka sendiri... Bukankah orang seperti itu patut didoakan?
Walaupun pada saat ini mereka menyakiti dan menzalimi diri kita, mereka dikatakan seorang yang zalim bukan sahaja ke atas diri sendiri malah ke atas diri orang lain juga. Namun, kita tidak tahu bagaimana pengakhiran sebuah kehidupan di masa akan datang antara kita dengan orang yang menzalimi kita itu. Boleh saja orang tersebut menjadi lebih mulia di sisi Allah SWT berbanding diri kita sendiri. 
Andai belum pernah mendoakan yang baik-baik untuk mereka, maka pintalah. Setiap kali berdoa, pintalah kebaikan untuk mereka. Janganlah sesekali kita mendoakan keburukan buat mereka. Sebaik-baik mukmin dan 'sekuat-kuat' mukmin itu ialah dia tidak membalas kejahatan, kemarahan, kesakitan yang diberikan oleh mukmin yang lain sekalipun dia berkuasa dan berupaya untuk membalasnya.
Maka doakanlah dirinya dan jangan lupa agar istiqamah untuk mendoakan kebaikan juga buat diri kita sendiri.
Ya Allah,
Ampunilah dosa dan ketelanjuran kami,
Jauhkan kami dari cuba menumpang hakMu,
Jauhkan kami dari rasa dendam dan sakit,
Kami manusia, yang tidak malu berbuat dosa,
Yang tidak segan mengumpul noda,
Ampunilah kami, hambaMu yang hina,
Berikanlah kami hati yang tabah, hati yang kuat,
Untuk memberi maaf, demi mencari ampunanMu...
Amin ya Rabb.



Tuesday, 22 January 2013

mereka kawan saya ! :)

 ehh sempat p0sing .. hehehe.. :)
r&r melaka.. Baskin Robbins~
Tutti Fruiti nilai,negeri sembilan sajaa..heee..


pantai bagan lalang, awes0me ! best kowt..huhu
kami geng ber7.. heee 

kami satu kelas, sekepala, sehati dan sejiwa.. 
bersuka ria kat pantai.. wheeeew..hehe