Blogger Templates

Tuesday 1 May 2012

Jalan2 kat Ganu~

:)
depan bus uinsza tuh kami posing.. hihi. :p
Mane pk cik bus neyh. xsmpai2.. >_<
ehh masjid krstal laa k.aunie..hee.. :p
So sweet laa nadiah n izzaty. hihi.. :D
posing dulu b4 naek bot ngan qis n ecah. . :)            



Sunday 22 April 2012

+Satukanlah Hati-Hati Kami+

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

DOA SEORANG KEKASIH (in-team)
 

Wednesday 4 April 2012

+DebatBahasaArab+

السلام عليكم
 Salam sayang untuk sahabat2..                                                                     
Alhamdulilah.. pada 31/03 dan 1/04 telah diadakan Kejohanan Debat Piala Naib Canselor
..dan saya salah seorang pesertanya. :) Teruja sangat,first time masuk kan..hehe.. Hari pertama awal2 lagi dah lawan FPBU..seram2 !! Memang gerun laa.. kite0rang semua pempuan lawan semua lelaki.. Tapi kami bertiga..(saya sendiri,Amira dan Hannan)Niatkan belajar kerana ALLAH..kalah dan menang bukan ukuran.. Alhamdulilah ALLAH mudahkan urusan.. Walaupun kalah..tapi kami tetap bersyukur kerana telah mendapat pengalaman yang cukup berharga..Pelawanan kedua diteruskan,kami berjumpa gr0up FPBU lagi sekali..tapi perempuan pula..Seram nyer jangan cakap laa..ishhh..dah laa tak cukup isi..kite0rg redah je.. hehehe.. Bile ingat balek,kelakar.. kecut perut sangat time tuh.. hehehe.. 
Agak2 kalah ke menang?? emm.. haruslah kalah.. mereka2 hebat sangat.. bahasa arab mereka memang mantap..takpelaa.. kami redha jelaa.. hehehe.. :) 
Disambung pula petang itu,lawan FPQS..semangat kami !! dapat tajuk pasal Bantuan 1Malaysia.. wah2.. semangat betul.. hehehe.. Rase yakin sangat kami menang.. emm.. tggu bes0k laa nak taw keputusan nyer..
Okeh..kees0kan hari.. menanti keputusan..bedebar neyh.. tup2.. IZZATY..saya laa..dapat PENDEBAT TERBAEK..hehehe.. Ahamdulilah.. Tapi kami kalah ! hm.. sdih kowt.. tapi takpelaa.. takde rezki kami.. pagi ahad tuh diteruskan dengan melawan FEM..Kejayaan berpihak pada kami..Tak sangka..ALLAH beri kami merasa kemenangan.. Terima Kasih Ya ALLAH.. :) Last,kami lawan FPQS lagi sekali.. tapi.. kalah lagi..hmm.. takpelaa.. kami redha.. 
Papep0wn saya gembira sangat dapat kawan2 baru. sesungguhnya bertemu dan berpisah kerna ALLAH sangat membahagiakan hati.. 
Nampak sangat laa kami tak masuk suku akhir..sebab menang sekali je.. hehehe.. takpelaa.. laen kali join lagi debat bahasa arab.. :)

RINDU NAK BERDEBAT BAHASA ARAB LAGI !! :)

Thursday 29 March 2012

_Aku Bangga Dilahirkan Sebagai Seorang Wanita_


Aku bangga dilahirkan sebagai seorang wanita.Begitu mulianya seorang wanita,sehingga Allah meletakkan syurga di bawah telapak kaki seorang ibu. Begitu mulianya seorang wanita, sehingga Allah menyematkan wanita solehah sebagai perhiasan dunia yang terindah. Begitu mulianya seorang wanita, sehingga Rasul mengatakan seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

Aku lalu bertanya,  apa yang membuatku begitu mulia? Apakah ketika aku menjadi seorang wanita berkerjaya? Apakah ketika aku dapat  merebut posisi lelaki disektor pekerjaan? Apakah ketika aku menjadi pemimpin kaum lelaki? Apakah ketika aku bergelar sarjana,master dan doktor? Apakah ketika pesona tubuhku melenakan jutaaan pasang mata yang melihatnya? Apakah ketika aku merasa boleh berdiri sebaris dengan kaum lelaki?
Aku terlahir sebagai wanita yang kusedari memang ada yang berbeza. Aku memiliki kelembutan untuk menyayangimu. Aku memiliki kesabaran untuk menjadi sandaranmu. Aku memiliki ilmu untuk membantumu. Aku memiliki cinta untuk menjadikanmu nyaman dengan kehadiranku. Aku memiliki rasa hormat untuk membuatmu menjadi dihargai. Aku memiliki ketegasan untuk menjaga kehormatanku.

Wanita menjadi mulia saat dia  menjadi seorang isteri yang boleh membantu perjuangan suami, menjadi seorang ibu yang melahirkan generasi idaman umat, menjadi anggota masyarakat yang berperanan dalam lingkungannya, dan menjadi seorang hamba yang takut pada Rabbnya.
Wanita menjadi mulia saat tak silau oleh bujuk rayu dunia, tak luntur oleh terpaan badai ujian, tak goyah oleh kilauan permata, tak runtuh oleh ganasnya gelombang badai kehidupan, dan menjadi seseorang yang teguh sekuat batu karang.

Wanita menjadi mulia bukan kerana balutan busana seksinya. Dia menjadi mulia dengan hijabnya, hijab yang hanya akan dibuka pada orang yang layak untuknya. Kerana dia laksana mutiara di tengah lautan, yang tidak sembarangan orang boleh menyentuhnya, bukan laksana mawar di pinggir jalan yang setiap orang dapat memetiknya bahkan membuangnya sesuka hatinya.

Wanita tak akan menurun kemuliannya saat tidak dianggap berkulit putih, bertubuh langsing, berambut lurus, berwajah cantik.Tetapi dia akan menunjukkan diri dengan akhlak mulianya, kelembutan hatinya, kesantunan lisannya, ketulusan senyumnya, keteduhan pandangannya, kecerdasan fikir dan emosinya, serta keteguhan sikapnya.

Wanita tak hilang kemuliannya ketika dia hanya menjadi ibu rumah tangga. Bahkan itu adalah kerja paling mulia bagi seorang wanita, ummu warobatul bait, yang dimata para feminis dan pejuang gender tiada nilainya. Bukankah kemuliaan tertinggi hanya di mata Allah? Dan menjadi ibu dan pembantu  rumah tangga adalah multiprofesi tanpa gaji tapi berpahala tinggi. Di tangan seorang istrilah dukungan utama perjuangan suami, sandaran rasa lelah suami, tempat terindah keluh kesah suami, dan hiburan paling mujarab bagi suami. Di tangan seorang ibu lah generasi dilahirkan, dipersiapkan, dididik dan diperhatikan. Dialah madrasah pertama dan utama, yang melahirkan calon-calon generasi andalan umat. Dialah pengurus rumah tangga paling handal, direktor keuangan paling tegas dan partner paling hebat untuk keluarga, yang menjadikan rumahnya adalah baity jannati bagi siapa saja yang berada bersamanya.
Maka berbanggalah dengan perananmu wahai wanita,dan jadikanlah dirimu sebenar-benar perhiasan dunia.

Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan,kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian,penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.
Wanita dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis,menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Wanita berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidak adilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Wanita begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.
Allah Azza Wa Jalla menciptakan seorang wanita, dia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Allah Azza Wa Jalla membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,namun,harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.

Allah Azza Wa Jalla memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.
Allah Azza Wa Jalla memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.
Allah Azza Wa Jalla memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.
Allah Azza Wa Jalla memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.
Allah Azza Wa Jalla memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.
Allah Azza Wa Jalla memberinya air mata untuk dititiskan.Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun dia perlukan.

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, tubuh yang dia tampilkan atau bagaimana dia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah pintu hatinya,tempat dimana cinta itu ada

Cintanya tanpa syarat….hanya satu yang kurang dari wanita,dia selalu lupa betapa berharganya dia….

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya..